KUCHING, 3 Mac: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) terus menurun kepada 1,361 orang pada 8 malam ini berbanding 1,452 orang pada 4 petang tadi.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan 12 PPS masih beroperasi malam ini.
Satu lagi PPS ditutup iaitu SK Pasir Tengah yang menempatkan mangsa dari Kampung Pasir Tengah, Lundu.
Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti Dewan Masyarakat Stapok (238) dan SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (219).
Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Bau, Serian dan Siburan.


