Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 126 orang dari fasa satu projek Projek Penempatan Sungai Bedaun, Kuching menerima kunci rumah masing-masing, hari ini. Foto TVS

Pembinaan rumah projek Penempatan Sungai Bedaun fasa kedua bermula Jun 2024

KUCHING, 3 Mac: Projek Penempatan Sungai Bedaun fasa kedua yang membabitkan pembinaan rumah di atas tanah 56 ekar akan bermula Jun tahun ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek berkenaan menyediakan 217 unit kediaman mampu milik yang dijangka siap pada suku ketiga tahun 2026.

Ia merupakan kesinambungan projek sama bagi fasa satu yang melibatkan 209 unit rumah yang menempatkan 126 keluarga tambahan dari perkampungan Seberang Hilir.

Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi yang mewakili Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semasa Majlis Penyerahan Kunci Rumah Penempatan Sungai Bedaun, Kuching, hari ini. Foto TVS

“Bagi fasa pertama, 126 keluarga tambahan dari Kampung Semarang, Kampung Panglima Seman Lama dan kawasan Lot Tambahan di perkampungan Seberang Hilir yang memenuhi kriteria dan syarat permohonan telah ditawarkan untuk membeli rumah di Penempatan Sungai Bedaun.

“Baki 83 unit rumah dalam pakej pertama ini akan ditawarkan kepada Ketua Keluarga Tambahan yang layak dari Kampung Pulo Ulu,” katanya menerusi teks ucapan dibaca Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi semasa Majlis Penyerahan Kunci Rumah Penempatan Sungai Bedaun di sini, hari ini.

Menurut Abang Johari pelan pembangunan perumahan yang komprehensif akan terus dilaksanakan selari dengan objektif Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030.

Menerusi kerangka itu katanya isu perumahan mampu milik turut diambil kira sebagai perkara utama bagi membolehkan rakyat terutamanya golongan B40 mendapat akses kepada peluang memiliki rumah.

Projek perumahan seperti model rumah dan harga mampu milik ini akan diperluas ke beberapa kawasan lain seperti Gedong, Asajaya, Sebuyau, Kabong, Sungai Baji di Sarikei, Kemuyang di Sibu, Jepak di Bintulu dan Kapit.

Antara lain kerajaan turut melaksanakan pelbagai skim penempatan untuk rakyat termasuk Skim Penempatan Semula (SPS) dan Skim Pembesaran Kampung (SPK) yang dilengkapi infrastruktur asas seperti parit konkrit, jalan bertar, lampu jalan dan kemudahan lain yang diperlukan untuk memastikan penempatan rakyat yang disediakan lebih teratur dan moden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan