Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,511 orang pada 12 tengah hari daripada 1,497 orang pada awal pagi ini.

Banjir: Jumlah mangsa berlindung di PPS meningkat

BySaibi Gi

KUCHING, 3 Mac: Jumlah mangsa banjir di Sarawak mencatatkan peningkatan kepada 1,511 orang pada 12 tengah hari daripada 1,497 orang pada awal pagi ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak memaklumkan banjir di kawasan selatan Sarawak itu memaksa mangsa berpindah ke 14 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak pagi semalam

Tiga PPS yang menempatkan jumlah mangsa tertinggi ialah di Kuching iaitu Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru dengan 297 mangsa, diikuti SJK (C) Chung Hua Sungai Tengah (284) dan Dewan Masyarakat Stapok (238).

Ketika ini kesemua PPS yang menempatkan mangsa banjir meliputi beberapa kawasan di selatan Sarawak iaitu Kuching, Lundu, Bau, Serian dan Siburan.

Menerusi laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di negeri ini diramalkan ribut petir di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada petang, manakala hujan di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada sebelah malam.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan