KUCHING, 18 Jan: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Bahagian Miri, Sarawak berjaya menahan 82 warga asing yang dikesan bekerja di sekitar Bandar Raya Miri tanpa permit sah.
Penahanan itu dilakukan susulan Ops Gegar dan Ops Sapu yang dilancarkan oleh Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Bahagian Miri kelmarin.
JIM Sarawak berkata, seramai 97 individu telah diperiksa dalam operasi berkenaan yang menumpukan pusat refleksologi, premis hiburan dan restoran yang disyaki menggaji pekerja asing tanpa pas yang sah.
“Menerusi Ops Gegar, seramai 47 individu telah diperiksa dan 32 warga asing telah ditahan atas pelbagai kesalahan.
“Secara keseluruhannya melalui kedua – dua operasi berkenaan, seramai 97 individu telah diperiksa,” jelas JIM menerusi kenyataan di Facebook.
Kesemua tahanan itu disiasat mengikut Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63. -TVS
220 kawasan di seluruh negara dikesan jadi penempatan PATI – KP Imigresen
220 kawasan di seluruh negara dikesan jadi penempatan PATI – KP Imigresen