Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara warga asing yang ditahan menerusi operasi bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Terengganu baru - baru ini. Foto, Bernama.

220 kawasan di seluruh negara dikesan jadi penempatan PATI – KP Imigresen

ByBernama

KUALA LUMPUR, 17 Jan: Sebanyak 220 kawasan di seluruh negara dikesan dijadikan penempatan pendatang tanpa izin, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Ruslin Jusoh.

Beliau berkata 220 kawasan itu, antaranya terdiri daripada penempatan yang dibina mereka sama ada secara haram atau sah, serta unit rumah atau bangunan yang disewa mereka.

31 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi di ibu kota

“Imigresen akan membuat operasi besar-besaran di seluruh negara secara berterusan, berhubung kawasan yang dikesan ini dan kami tidak akan berkompromi.

“Sebagai rekod, seramai 3,262 pendatang ditahan bagi tempoh 1 sehingga 16 Jan (semalam) atas pelbagai kesalahan imigresen, antaranya tiada pasport, tinggal lebih had masa dan bina penempatan haram,” katanya dalam sidang media khas di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, di sini, hari ini.

Ruslin berkata dalam tempoh sama, imigresen telah menahan seramai 35 majikan yang menggaji pendatang tanpa izin secara haram di premis mereka -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan