Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bapa (kiri) dan abang (kanan) Allahyarhamah Nur Haslinda. Foto Pejabat YB Menteri.

Waris Nur Haslinda hargai sumbangan Nancy, orang ramai bantu bawa balik jenazah

BySalasiah Safian

KUCHING, 28 Dis: Waris arwah Nur Haslinda Abdullah menzahirkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Nancy Shukri serta orang ramai atas sumbangan kepada mereka bagi memudahkan urusan membawa pulang jenazah ke Malaysia.

Menurut abang arwah, Abdul Hafiz Abdullah, pihak keluarga menerima pengesahan berkaitan kematian adiknya daripada pihak Kedutaan Malaysia di Korea Selatan.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana dah membantu meringankan sedikit sebanyak beban kami.

Terima kasih juga kepada pihak YB Datuk Seri Nancy Shukri kerana telah menolong kami,” katanya.

Nancy hulur sumbangan bantu waris bawa pulang jenazah Nur Haslinda dari Korea ke Sarawak

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Santubong di sini, hari ini.

Berkongsi lanjut, Abdul Hafiz mendedahkan adiknya sempat menghubunginya serta mengadu sakit dan meminta untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Namun, sehari selepas itu Abdul Hafiz telah dihubungi Kedutaan Malaysia di Korea Selatan untuk memaklumkan khabar duka buat mereka di sini.

NurHaslinda Abdullah, 30 tahun meninggal dunia di Korea Selatan pada 25 Disember lalu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan