Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bapa dan abang Allahyarhamah Nur Haslinda Abdullah berbual dalam sesi 'zoom' bersama Datuk Seri Nancy Shukri hari ini. Foto pejabat YB Menteri

Nancy hulur sumbangan bantu waris bawa pulang jenazah Nur Haslinda dari Korea ke Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 28 Dis: Prihatin terhadap keluarga arwah Nur Haslinda Abdullah yang berhasrat untuk membawa pulang jenazah wanita itu dari Korea Selatan ke Sarawak, Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri telah menghulurkan sumbangan pendahuluan berjumlah RM31,082.25 kepada Wisma Putra untuk tujuan berkenaan.

Sumbangan tersebut menurut Nancy bagi mempercepatkan proses pembayaran kos hospital, pengurusan jenazah dan pengebumian jenazah Nur Haslinda Abdullah, 30 tahun yang telah meninggal dunia di Korea Selatan pada Isnin lepas, 25 Disember 2023.

Beliau memberitahu pihaknya sedia membantu dalam apa cara sekalipun bagi memudahkan urusan keluarga arwah Nur Haslinda menguruskan urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Apa pun cara terpulanglah kepada keluarga untuk membantu, jika tidak pun saya akan cuba untuk meminta bantuan daripada Kerajaan Sarawak tetapi Alhamdulillah ramai yang prihatin dan sudi membantu. Saya turut mengucapkan berbanyak terima kasih kepada bapa serta abang Allahyarhamah,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata demikian kepada pemberita di pejabat Parlimen P.193 Santubong di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada orang ramai yang turut menghulurkan bantuan kepada keluarga arwah iaitu setakat ini sumbangan terkumpul mencecah lebih RM60,000.

“Kalau dikebumi di Korea memang kosnya agak rendah dan kalau dibawa pulang kosnya agak tinggi tapi saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada warga Malaysia yang turut menyumbang.

“Pada mulanya keluarga arwah memberitahu bahawa dana tidak mencukupi namun setelah adanya sumbangan dari orang awam, ia berjaya dikumpul sehingga lebih RM60,000. Dengan dana yang terkumpul, keluarganya telah bersetuju untuk membawa jenazah pulang ke Malaysia,” ujarnya.

Difahamkan jenazah Nur Haslinda Abdullah akan dibawa pulang dari Seoul, Korea ke Malaysia pada 4 Januari 2024.

Nur Haslinda Abdullah yang berasal dari Kampung Sejingkat, Kuching, Sarawak meninggal dunia di Korea Selatan pada 25 November 2023.

Ketika ini jenazah ditempatkan di Hospital Cheongju, Korea Selatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan