Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petronas Carigali memeterai MoU dan dua perjanjian bantuan teknikal (TAA) dengan PTTEP bagi pembangunan Block SK405B dan SK410B di Sarawak. Foto hiasan, Envato.

Petronas Carigali, PTEEP jalin kerjasama teroka minyak, gas luar pesisir Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Dis: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan PTT Exploration and Production (PTTEP) dalam usaha cari gali serta pengeluaran minyak dan gas di luar pesisir Sarawak.

Ini susulan Petronas Carigali memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan dua perjanjian bantuan teknikal (TAA) dengan PTTEP bagi pembangunan Block SK405B dan SK410B di Sarawak.

Petronas Carigali, PTEEP bekerjasama teroka O&G luar pesisir Sarawak | TVS

Ketiga-tiga perjanjian ditandatangani oleh Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali bagi Aset Sarawak, Anuar Ismail manakala PTTEP diwakili oleh Pengurus Negaranya, Kanok Intharawijitr.

“MoU itu meliputi skop pemindahan potensi pengeluaran dari Blok Sk405B melalui kemudahan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) D35/D21/J4, kemudahan PSC Balingian Pasca 1976 dan Terminal Minyak Mentah Bintulu yang dikendalikan oleh Petronas Carigali.

“TAA pertama melibatkan kerja-kerja kajian dan reka bentuk bagi medan Blok SK405B ke dalam kemudahan kendalian yang diuruskan oleh Petronas Carigali,” jelas syarikat minyak nasional itu menerusi kenyataan media di ibu negara hari ini.

Petronas turut memaklumkan, TAA kedua merangkumi bantuan reka bentuk kejuruteraan bagi potensi pembinaan, kerja-kerja ikatan, saluran paip dan lintasan kabel Blok SK410B.

“(Ini bagi membolehkan) pemindahan gas Lang Lebah ke Kemudahan Bekalan Gas Tambahan Bintulu 2 serta pengeluaran dan pengendalian kondensat Lang Lebah di Kemudahan Bersepadu Bintulu,” tambah kenyataan berkenaan.

Sementara itu, Anuar berkata, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan kepakatan serta teknologi Petronas Carigali dalam memastikan jaminan bekalan, khususnya di Sarawak.

Pengurus Negara PTTEP Kanok Intharawijitr berkata, syarikat itu pada masa ini mengendalikan lapan PSC di Sarawak dengan jumlah pengeluarannya kira-kira 15 tong sehari dan ribuan tong minyak sehari serta 200 juta kaki padu gas standard sehari.

“Di Sarawak, kita mempunyai beberapa pembangunan termasuk SK410B dan SK405B. Kami amat menghargai kerjasama ini kerana akan membolehkan pihak-pihak terbabit melanjutkan kejayaan projek-projek kami,” katanya.

PTTEP memegang 49.5 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Blok SK405B dengan MOECO Oil (Sarawak) Sdn Bhd dan Petronas Carigali memegang masing-masing 25.5 peratus dan 25 peratus.

Bagi Blok SK410B PSC, PTTEP dan Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company masing-masing memegang 42.5 peratus kepentingan manakala baki 15 peratus dipegang oleh Petronas Carigali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan