Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menyita tujuh buah motosikal dan mengeluarkan 51 saman dalam Operasi (Op) Ambang Krismas di Sibu. Foto BSPT IPD Sibu.

Op Ambang Krismas di Sibu, tujuh remaja pulang tanpa motosikal

SIBU, 25 Dis: Tujuh remaja terpaksa pulang tanpa motosikal selepas kenderaan mereka disita oleh polis dalam Operasi Ambang Krismas di sini, semalam.

Operasi berkenaan dilancarkan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu di pusat bandar Sibu dan Jalan Awang Ramli Amit bermula 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya juga mengeluarkan sebanyak 51 saman atas pelbagai kesalahan.

“Antara kesalahan yang dikesan termasuklah ubah suai ekzos.

“Kesalahan paling banyak direkodkan ialah tiada lesen memandu selain tiada cermin sisi,” katanya kepada TVS hari ini.

Katanya, kesemua penunggang bersama motosikal  dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu untuk proses dokumentasi sebelum ke Balai Trafik Sungai Merah bagi tindakan lanjut.

“Kesemua motosikal yang ditahan akan disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” jelasnya. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan