Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni. Foto TVS

Lantikan Fadillah percepat pelepasan karbon sifar bersih Malaysia – Hazland

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 16 Dis: Pelantikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam mampu mempercepatkan komitmen negara bagi pelepasan karbon sifar bersih atau ‘net-zero emissions’.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, Malaysia dan Sarawak boleh mencapai dekarbonisasi dengan lebih berkesan.

Menurutnya, ia juga sejajar dengan pembangunan industri hijau dan ekonomi baharu Sarawak dan bertepatan dengan ekspektasi dunia dalam mitigasi perubahan iklim.

“Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mewujudkan kementerian tersebut menunjukkan komitmen yang tinggi Malaysia untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih.

“Saya juga percaya ia boleh mencapai serta mempercepatkan segala pelaksanaan pelepasan karbon sifar bersih,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam pada itu Dr. Hazland juga berharap agar hala tuju ini dapat perhatian yang lebih dari segi bantuan kewangan, percukaian, pelaburan, teknikal, perundangan dan sumber tenaga teknikal.

“Dengan pelantikan ini juga semoga Malaysia bukan sahaja dapat menyumbang dalam mitigasi perubahan iklim tetapi boleh juga menjana pendapatan baharu untuk negara,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan