PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat pengumuman khas mengenai Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) pada 5 petang ini.
Muhyiddin pada Ahad berkata, pakej bantuan tersebut akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak COVID-19 secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan dijangka mengumumkan bantuan melibatkan moratorium dan i-Sinar bagi meringankan beban rakyat terkesan akibat COVID-19.
Jelasnya, pengumuman itu merupakan antara pakej bantuan COVID-19 berskala besar oleh Muhyiddin.