Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
EMPAT LAGI DITAHAN TERLIBAT KES KEHILANGAN PETI BESI BERISI RM400,000

Empat Lagi Ditahan Terlibat Kes Kehilangan Peti Besi Berisi RM400,000

ALOR SETAR, 28 Jun (Bernama) — Empat individu termasuk dua yang dikehendaki polis, kerana disyaki terlibat dalam kes kehilangan sebuah peti besi mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000 milik sebuah syarikat logistik pada 23 Jun, berjaya ditahan.

Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, empat individu yang berumur antara 20 hingga 30-an itu, ditahan secara berasingan di sekitar kawasan Alor Setar pada Sabtu dan semalam.

“Polis turut merampas wang tunai berjumlah RM70,450 yang telah disembunyikan mereka. Secara keseluruhan, tangkapan terkini adalah seramai 10 individu, dengan nilai rampasan wang tunai berjumlah RM333,745.

“Kesemua tangkapan baharu ini direman sehingga 3 Julai depan di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihaknya masih meneruskan siasatan lanjut bagi mengesan dan mengenal pasti individu lain yang terlibat, serta baki wang tunai yang masih hilang dalam kejadian berkenaan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini, mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar di talian 04-7326999,” katanya.

Sebelum ini, polis telah menahan enam individu termasuk tiga anggota polis yang berumur antara 30 hingga 50-an, yang disyaki terlibat dalam kes kehilangan peti besi milik sebuah syarikat logistik di Alor Setar, yang mengandungi wang tunai berjumlah RM400,000.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan