Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi Mara (UITM) Datuk Dr.Raduan Che Rose bercakap pada sidang media bertempat di Riverside Astana Wing, Kuching pada Selasa. Foto: Awang Azmil (TVS)

Rombakan Kabinet: Kerajaan serius membangunkan negara

ByCheryl Syahmina Toh

KUCHING, 12 Dis : Rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini disifatkan bahawa Kerajaan Persekutuan memandang serius dalam pembangunan negara.

Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Teknologi Mara (UITM) Datuk Dr.Raduan Che Rose berkata, pelantikan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu merupakan petanda baik dalam konteks pendidikan.

“Ini adalah kerana beliau adalah seseorang yang berpengalaman, iaitu seorang bekas pensyarah, seorang ahli akademi jadi sudah tentunya dengan latar belakang beliau, ini boleh membawa sektor pendidikan ke arah yang lebih tinggi.

“Kita lihat, kewibawaan akan bertambah dalam Parlimen dan amat mengalu-alukan pelantikannya kerana saya percaya beliau dapat menyambung perjalanan yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Khaled Nordhin,” katanya dalam sidang media di Riverside Astana Wing, Kuching pada Selasa.

Terdahulu, Zambry dilantik sebagai Menteri Pendidikan Tinggi pada rombakan Kabinet hari ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri.

Sebelum ini, Zambry memegang jawatan sebagai Menteri Luar selepas Kerajaan Perpaduan dibentuk pada tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan