Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan datuk dan nenek kepada Zayn Rayyan Abdul Matiin bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme itu, hari ini. Foto Media sosial

Kes bunuh Zayn Rayyan: Rakaman video kamera kenderaan perlu penelitian lanjut – Polis

ByBernama

PETALING JAYA, 12 Dis: Polis perlu membuat penelitian lebih lanjut terhadap rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang diperoleh dari kenderaan penghuni Apartmen Idaman, Damansara Damai dalam siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata berdasarkan penelitian rakaman tersebut, polis mendapati terdapat pergerakan yang memerlukan analisis lebih lanjut.

“Memang ada pergerakan tetapi kena perbaiki (mutu) video itu sama ada individu (suspek atau penduduk) atau objek lain. Setakat ini, kami tidak boleh mendedahkan apa-apa lagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengenai proses siasatan yang memasuki hari keenam hari ini, beliau berkata polis mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor bagi membantu menyedut keluar takungan air di lokasi penemuan mangsa.

Hussein berkata ia bagi melihat sama ada wujud sebarang bukti baharu, tetapi setakat ini tiada penemuan baharu diperoleh.

Kanak-kanak berusia enam tahun itu dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas di Damansara Damai sebelum ditemukan meninggal dunia di dalam aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, pada keesokannya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan