Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aidel Lariwoo bercakap kepada pemberita selepas melawat tapak projek naik taraf jalan Kebun Kampung Beradek-Semilang, di Pulau Tanjung Embang, Kuching, hari ini. Foto, Lorenzo Isaac (TVS).

Rombakan Kabinet diharap beri manfaat kepada Sarawak – Aidel

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 12 Dis: Pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini diharap dapat menyumbang kepada usaha memperkasa pembangunan luar bandar di Sarawak.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir Aidel Lariwoo berkata, individu yang dilantik memegang jawatan juga bertanggungjawab mengurangkan jurang kemajuan membabitkan kawasan bandar dan luar bandar.

Kerajaan diseru perkasa pembangunan kawasan luar bandar | TVS

“Bagi kita di Sarawak, rombakan Kabinet harus dapat meningkatkan pengurusan Kerajaan Persekutuan terutama yang lebih menekankan pembangunan luar bandar di Sarawak.

“Itu menjadi keutamaan kita. Oleh itu, harapan kita, rombakan ini akan memberikan manfaat kepada Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat projek menaik taraf jalan Kebun Kampung Beradek-Semilang, di Pulau Tanjung Embang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Menerusi siaran langsung tengah hari tadi, Anwar antara lain mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri, termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Sementara itu, Aidel berkata, projek naik taraf berkenaan bernilai RM45 juta menggunakan dana Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Katanya ia melibatkan kerja menaik taraf jalan utama, pembinaan jalan baharu serta dua jambatan sepanjang 10 hingga 15 kilometer (km).

“Projek berkenaan kini dalam proses ditender semula dan dijangka akan bermula pada suku pertama 2024,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan