Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Seorang warga emas hilang jatuh dalam sungai

JULAU: Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Rumah Gerasu, Nanga Mujok di sini.

Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia 75 tahun itu cuba menaiki perahu kira-kira 4.30 petang semalam.

Laporan kehilangan mangsa telah dibuat oleh anggota keluarganya di Balai Polis Julau sebelum operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan, kata Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin.

Operasi SAR itu turut disertai sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor.

Ketua BBP Bintangor, Nicholas Belulin berkata pasukannya bergegas ke lokasi kejadian yang mengambil masa tiga jam perjalanan menggunakan perahu sejurus menerima laporan insiden pada 9.30 pagi tadi.

“Difahamkan mangsa dihanyutkan arus deras sebelum hilang,” jelasnya.

-Sumber Suara Sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan