Search
Close this search box.
HELIKOPTER TLDM MENDARAT CEMAS DI PANGKALAN TLDM LUMUT

Helikopter TLDM Mendarat Cemas Di Pangkalan TLDM Lumut

LUMUT, 28 Jun (Bernama) — Sebuah helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) jenis Fennec membuat pendaratan cemas ketika sedang menjalankan penerbangan operasi di Pangkalan TLDM Lumut, pukul 12 tengah hari tadi.

Markas Pemerintahan Armada Barat dalam satu kenyataan menyebut kesemua kru helikopter berkenaan berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut. 

“Insiden juga tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada orang awam dan kawasan insiden terkawal,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan, TLDM juga akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Difahamkan, empat anggota termasuk seorang juruterbang berada di dalam helikopter jenis AS 555 SN Fennec berkenaan ketika kejadian tersebut.

Kejadian tersebut dirakam dan dikongsikan orang awam yang kemudiannya tular sejak pagi tadi dalam media sosial. 

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan