Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pendidikan (KPM) menegaskan tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual di semua institusi pendidikan di bawah seliaanya. Foto hiasan Envato

Polis selamatkan gadis 22 tahun dikurung, cuba dihantar ke negara jiran

BUKIT MERTAJAM, 11 Dis: Polis berjaya menyelamatkan seorang gadis berusia 22 tahun yang dikurung untuk dihantar ke sebuah negara jiran selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Sanctuary, Machang Bubok di sini, 7 Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, pihaknya menerima satu laporan berhubung kes pemerdagangan orang dan membuat kurungan salah pada Khamis sebelum usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.

Katanya, pihaknya yang membuat serbuan bersama pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan berusia 34 tahun bersama mangsa yang dikurung di dalam rumah.

“Siasatan awal mendapati lelaki itu sedang menguruskan mangsa warga tempatan itu untuk dihantar ke sebuah negara jiran di Asia Tenggara.

“Dia dipercayai untuk bekerja sebagai operator bersama satu sindiket penipuan dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, polis turut merampas beberapa barang termasuklah dua buah kenderaan, sebuah komputer riba dan alat-alat berkaitan aktiviti pelacuran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan