Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Lee Kim Shin mendengar taklimat projek naik taraf jalan kawasan penempatan Tudan, hari ini. Foto: TVS

2,000 isi rumah terima manfaat projek naik taraf jalan di Tudan

MIRI, 11 Dis: Projek naik taraf jalan kawasan penempatan Tudan dijangka siap pada 20 Mei 2024 setelah projek berkenaan bermula pada 21 November yang lepas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, projek ini dilaksanakan memandangkan jalan tersebut diperlukan bagi menyediakan perkhidmatan bas.

“Ia akan memberi manfaat kepada 2,000 isi rumah yang kebanyakannya daripada kumpulan B40.

“Ini adalah projek khas yang saya minta dan telah diluluskan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di bawah projek rakyat,” katanya ditemui di tapak projek yang bernilai RM4,720,700 di sini, hari ini.

Projek ini akan memanjangkan jalan kepada enam kilometer dan melebarkan kepada enam meter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan