Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor ketika berucap pada Majlis Perasmian Regata Lingga, di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor ketika berucap pada Majlis Perasmian Regata Lingga, di sini, hari ini. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Projek terminal jeti baharu Lingga bermula tahun depan – Dayang Noorazah

ByAhmad Burhanuddin

SRI AMAN, 9 Dis: Projek pembinaan terminal jeti baharu Lingga dijangka bermula pada tahun depan, kata Dayang Noorazah Awang Sohor.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga itu berkata, terminal jeti berkenaan akan dilaksanakan oleh pihak Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA).

“Kita harap projek tersebut dapat mula dilaksanakan pembinaannya pada tahun 2024.

“Jadi, kita tunggu sahaja. Lokasinya tidak jauh dari tebingan sungai Lingga yang mana ia adalah satu projek ‘waterfront extension’ yang dilaksanakan di bawah LCDA,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Regata Lingga, di sini, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Dayang Noorazah berkata, satu lagi projek bakal dilaksanakan di kawasan Sri Aman membabitkan projek pembesaran tebingan sungai melibatkan beberapa kampung di kawasan sekitar.

“Untuk makluman semua, peruntukan bagi projek tersebut telah pun diluluskan, kita hanya perlu menunggu bila ia akan mula dilaksanakan.

“Sekiranya projek tersebut siap dibina kelak, maka kawasan kampung-kampung sekitar yang terlibat akan berubah wajah,” ujarnya.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli dan ADUN Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan