Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Current vaccines continue to protect against severe disease and death from JN.1 and other circulating variants of COVID-19. Pix: Envato

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan – Dr Zaliha

ByBernama

PUTRAJAYA, 7 Dis: Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata terdapat peningkatan kes COVID-19 dilaporkan secara global dan peningkatan di Malaysia seiring dengan trend yang berlaku pada setiap hujung tahun seperti juga dilaporkan di negara lain.

“Kebanyakan kes COVID-19 di Malaysia menunjukkan gejala ringan dan tidak memerlukan rawatan di hospital,” katanya dalam kenyataan hari ini mengenai situasi COVID-19 negara.

Dr Zaliha berkata sehingga kini tiada varian baharu yang dikesan di Malaysia.

“Varian yang masih menular di Malaysia adalah varian Omicron dengan subvarian diketahui mempunyai kadar kebolehjangkitan tinggi, tetapi tidak menyebabkan kes yang teruk.

“Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah penjagaan kendiri antaranya mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi dan memakai pelitup muka bagi yang bergejala.

“Jumpa dengan doktor sekiranya gejala bertambah teruk dan mendapatkan rawatan antiviral Paxlovid di Klinik Kesihatan terdekat bagi individu positif COVID-19 dan berisiko tinggi. Orang ramai juga boleh mendapatkan dos primer vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan.

“Mereka juga diminta untuk tidak menyebarkan berita yang tidak benar bagi mengelakkan kekeliruan dan menimbulkan keresahan awam,” katanya.

Pada Ahad lepas, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata sebanyak 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 dan 40 tahun, dengan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan