Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Dis lepas. Foto hiasan: Envato

Pelancong China, India diyakini meningkat pada 2024 menerusi pengecualian visa 30 hari

ByBernama

PUTRAJAYA, 4 Dis: Bilangan pelancong China dan India ke Malaysia diyakini meningkat pada 2024 susulan keputusan kerajaan memberi pengecualian visa selama 30 hari untuk pelancong dari dua negara berkenaan mulai 1 Dis lepas, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Melihat ia petanda baik bagi kebanyakan industri dalam negara seperti bidang perhotelan dan logistik, Tiong berkata pemain industri pelancongan telah dimaklumkan untuk bersiap-sedia menerima angka pelancong tinggi yang secara langsung akan meningkatkan pendapatan mereka.

“Kita harap dengan pengecualian visa ini, kita tambah beberapa juta orang (pelancong asing) lagi. Kita cuba sedaya upaya macam mana kita boleh tingkatkan dari segi promosi di negara masing-masing (China dan India) untuk tingkatkan bilangan pelancong,” katanya.

Tiong berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat permulaan penganjuran Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 dan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2025 di sini hari ini.

Data Jabatan Imigresen dari 1 Jan hingga 15 Nov lepas mencatatkan 26 juta kemasukan warga asing ke Malaysia, dengan 1.47 juta pelancong adalah dari China manakala 780,532 merupakan pelancong India.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Nov lepas membuat pengumuman berhubung pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China dan India ke Malaysia dalam semangat kerjasama strategik hubungan dua hala Malaysia-China yang menjangkau 50 tahun pada 2024.

Ketika ini negara teluk seperti Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Iraq dan Iran serta semua negara Asia Barat termasuk Turkiye dan Jordan menikmati kemudahan pengecualian visa berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan