Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan mencari dan menyelamat bertungkus lumus mengesan para pendaki Gunung Marapi di Sumatera Barat yang meletus semalam. Foto, Pejabat SAR Padang.

Gunung Marapi meletus, korbankan 11 pendaki manakala 12 masih hilang

JAKARTA, 4 Dis: Seramai 11 pendaki manakala 12 orang masih hilang apabila Gunung Marapi, Pulau Sumatera meletus pada 2.54 petang (waktu tempatan) Ahad.

Ketua Pejabat SAR Padang Abdul Malik berkata kesemua mangsa meninggal dunia akibat melecur abu panas gunung berapi dan juga terlalu hampir dengan puncak gunung.

Beliau yang mengetuai operasi berkata 75 orang pendaki melakukan aktiviti pendakian ketika gunung berkenaan meletup dan melemparkan abu panas.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dikerahkan untuk mengesan pendaki yang terperangkap akibat letupan itu.

Dalam kejadian berkenaan 52 orang selamat dan turun semula manakala 11 orang maut dan 12 orang lagi belum ditemui.

“Sehingga pencarian pagi ini, kita dapati tiga orang berjaya terselamat lagi manakala 11 pendaki ditemui meninggal namun belum berjaya kami bawa turun dan kini kita masih berusaha untuk menurunkan mereka,” katanya.

Beliau berkata pasukan pencari meneruskan pencarian pendaki lainnya, tetapi setakat ini terpaksa dihentikan kerana letusan berlaku semula.

Usaha mencari dan menyelamat akan dilakukan semula apabila letusan gunung itu telah reda dan selamat untuk menjalankan operasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan