Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Majau, semalam ditemui lemas pagi tadi. Foto: IPD Kanowit

Mayat lelaki hilang ketika memancing ditemukan lemas di Sungai Majau

ByAmirah Shawel

KANOWIT, 4 Dis: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas ketika memancing di Sungai Majau semalam, ditemui lemas pagi tadi.

Mayat mangsa, Mohamad Rafiq Abdullah, 50, ditemukan terapung tujuh meter dari lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan mayat mangsa dijumpai jam 6 pagi tadi oleh penduduk kampung.

‚ÄúPihak Polis, Rela bersama penduduk kampung mengangkat mayat mangsa dan seterusnya di bawa ke Pusat Kawalan Bomba untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Operasi yang melibatkan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit sambil dibantu pihak polis, RELA dan orang awam tamat sepenuhnya pada 9.10 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang semalam, mangsa yang pergi memancing sejak 8 pagi dilaporkan tidak pulang ke rumah.

Selepas menyedari mangsa tidak pulang, anak saudaranya telah membuat laporan polis pada 10 malam setelah menjumpai alat memancing milik mangsa di tebing Sungai Majau. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan