Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Golongan Muda Antara Ditangguh Vaksinasi Di Sibu Kerana Darah Tinggi

ByOdleen Catherny

SIBU, 26 JUN: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS) mengesan beberapa orang muda yang mengalami tekanan darah tinggi sehingga terpaksa ditangguh pemberian suntikan vaksin COVID-19.

Hal ini sudah tentu melahirkan kebimbangan di mana kebanyakan mereka ini tidak tahu pun tahap keadaan kesihatan masing-masing.

Sejauh manakah kesedaran masyarakat tentang masalah kesihatan melibatkan tekanan darah tinggi?

Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu Dr Annuar Rapa’ee, seramai 50 peratus masyarakat tidak tahu tekanan darah mereka adalah tinggi, manakala 90 peratus lagi tahu dan mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun daripada jumlah tersebut, hanya 45 peratus sahaja mengambil ubat di mana tekanan darah mereka adalah di bawah kawalan.

“Malaysia merekodkan sehingga 6.4 juta orang menghidap darah tinggi. Di bawah umur 30 tahun pula, golongan lelaki adalah tiga kali lebih tinggi mendapat penyakit darah tinggi berbanding kaum wanita,” jelasnya ketika berkongsi fakta penyakit darah tinggi menerusi Facebook semalam.

Terdahulu, Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kesihatan Awam dan Perumahan meluangkan sedikit masa di sudut rehat bagi mereka yang dikesan mengalami darah tinggi di PPV Lakis.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, mereka yang dikesan mempunyai darah tinggi belum dapat diberikan suntikan vaksin COVID-19.

“Ramai di antara mereka adalah yang masih muda,” ujarnya.

Dr Annuar Rapa’ee melawat penerima vaksin di sudut rehat

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan