Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat dibawa ke Pengkalan Majau untuk diserahkan kepada polis dan pengecaman identiti oleh keluarga mangsa. Foto, BBP Kanowit.

Mayat mangsa perahu karam ditemukan hanyut 12 km

KANOWIT, 29 Nov: Mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang dalam kejadian perahu karam di Sungai Kanowit berhampiran Rumah Adau, Jalan Bukong-Jagoi, Isnin lalu ditemukan pagi tadi.

Mayat, Nabau Antas, 55, ditemui terapung di Nanga Geremai kira – kira 12 kilometer (km) dari lokasi kejadian pada pukul 9.20 pagi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR),

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit, Penolong Penguasa Bomba Arrahman Chik berkata, mayat kemudiannya dibawa ke Pengkalan Majau untuk diserahkan kepada polis dan seterusnya pengecaman identiti dilakukan oleh keluarga mangsa.

Dalam kejadian pada 9.45 pagi Isnin lalu, seorang daripada dua mangsa dilaporkan hilang selepas perahu dinaiki mereka yang sarat dengan buah durian karam.

Seorang lelaki warga emas berusia 72 tahun berjaya diselamatkan oleh sepasang suami isteri yang balik dari kebun menggunakan perahu lain melintasi kawasan itu.

Operasi ditamatkan pada 10.15 pagi tadi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan