Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Daeloniel McDelon Bong tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam. Foto: TVS

Tidak leka dengan kejayaan, Kilat Boy pertahan kejuaraan ABF Bantamweight Disember ini

KUCHING, 6 Nov: Daeloniel McDelon Bong atau dikenali sebagai Kilat Boy, Peninju Kebangsaan Sarawak kini mempersiapkan diri untuk ke pertarungan profesional tinju seterusnya di Bangkok, Thailand.

Menurut anak kelahiran Sri Aman itu, meskipun telah menjuarai Asian Boxing Federation (ABF) pada 27 Oktober yang lalu, Kilat Boy optimis membuat persiapan sejak Isnin yang lalu bagi perlawanan di Bangkok yang bakal berlangsung pada 28 Disember nanti.

“Saya berasa sangat gembira dengan pencapaian yang telah saya perolehi. Pencapaian saya merangkul Juara Asia Kategori Bantamweight adalah pertama kali kejuaraan seperti ini dibawa pulang ke Sarawak dan ia adalah satu pencapaian yang agak besar dalam tinju Sarawak.

“Saya juga telah mula membuat persiapan bagi perlawanan seterusnya di Bangkok ‘First Title Defend’ pada 28 Disember ini. Saya telah membuat persiapan sejak berkampung di Nilai pada Isnin yang lalu,” katanya kepada media ketika ditemui selepas ketibaannya dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, semalam.

Dia tidak menafikan lawannya Artid Bamrungauea pada perlawanan lepas adalah seseorang yang berpengalaman dan tidak asing lagi dalam dunia profesional tinju namun adaptasi teknik dan melihat gerakan lawannya sedikit sebanyak membolehkan Daeloniel pantas belajar serta menguasai perlawanan pada setiap pusingan yang menjurus kepada kemenangan ‘knockout’ ko pada pusingan ketiga.

“Bagi perlawanan yang lepas, ia adalah sangat sukar terutamanya bagi pusingan pertama dan kedua dengan pihak lawan. Namun, pada pertengahan pusingan kedua saya cuba melawannya sehingga peroleh kemenangan ‘knockout’ ko pada pusingan ketiga,” ujarnya lagi.

Kejayaan Kilat Boy sebagai Juara Asia menewaskan tuan rumah Thailand, Artid Bamrungauea pada perlawanan 27 Oktober yang lepas merupakan kejuaraan tinju profesional yang pertama bagi kariernya dalam kategori Bantamweight. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan