Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan cenderamata pada Konsert Malam Gala sempena Sambutan Ulang Tahun ke-35 Simfoni Orkestra Negeri Sarawak di Kuching, malam Isnin. Foto: TVS

Simfoni Orkestra Negeri Sarawak kini lima komponen

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 10 Okt: Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) kini memiliki lima komponen susulan pengwujudan dua komponen baharu atas usaha Majlis Seni Sarawak (MSS).

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pertambahan dua komponen itu ialah SONS Tradisional Orkestra Negeri Sarawak (TONES) dan SONS Junior Orchestra yang terdiri daripada anak-anak muda berumur 18 tahun dan ke bawah.

Jelasnya, SONS pada awalnya hanya mempunyai tiga komponen asas iaitu SONS (Klasik), SONS (Pop/Jazz) dan SONS (Koir).

“Usaha MSS mengetengahkan seni muzik dengan gabungan unsur-unsur muzik antarabangsa (klasik) dengan muzik tempatan bukan sahaja dapat membuka pemikiran dan pertimbangan masyarakat tempatan, malah akan memperkayakan khazanah seni muzik kita yang hakikatnya adalah bersifat tanpa sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konsert Malam Gala sempena Ulang Tahun ke-35 SONS di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini pada malam Isnin.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, dua Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan dan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew.

Abdul Karim berkata lagi, beliau yakin SONS mampu melangkah lebih jauh dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa dengan berbekal pengalaman dan gabungan barisan pemuzik berbakat.

“Dengan dedikasi yang tinggi, semangat dan cinta kepada seni muzik, simfoni orkestra ini telah mencapai kegemilangan.

“Kita turut melihat peningkatan bilangan anak Sarawak yang bakat seninya digilap melalui program seni yang diadakan oleh SONS, mempersembahkan prestasi dan menonjolkan kehebatan bakat anak tempatan di ranah seni, serta meraih pengiktirafan di peringkat tempatan dan antarabangsa,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan