Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Anugerah Industri Cemerlang Premier Sarawak 2023 di Kuching, malam Isnin. Foto: UKAS

20 jurutera anak Sarawak kembali, bangunkan industri semikonduktor

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 10 Okt: Seramai 20 jurutera anak Sarawak yang sebelum ini bekerja di luar negara akan kembali bagi membantu membangunkan industri semikonduktor tempatan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kepakaran mereka dituntut dalam membangunkan industri pengeluaran mikrocip yang semakin meningkat permintaan di pasaran antarabangsa.

Kesediaan mereka berkhidmat di Sarawak susulan kerajaan negeri menubuhkan Sarawak Microelectronics Design (SMD) Semiconductor yang sekali gus menyediakan peluang pekerjaan.

“Kita memerlukan 30 jurutera lagi untuk menyokong Perkhidmatan Global X-FAB dalam meningkatkan keluaran faundri mereka.

“Cip ini digunakan dalam kereta dan ia perlu diselaraskan kerana kita tidak menggunakan pembakaran lagi kerana bahan api fosil akan digantikan dengan sel bahan api. Cip tersebut pun berbeza, dalam satu kereta mengandungi 150 cip,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Anugerah Kecemerlangan Industri (PSIEA) 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam Isnin.

Dedahnya lagi, ramai rakyat Sarawak yang bekerja di luar negara telah kembali berkhidmat di negeri ini, seperti yang dilaporkan oleh Straits Times Singapura.

“The Straits Times Singapura mengeluarkan satu artikel menyatakan ramai orang Sarawak telah pulang ke negeri mereka, berdasarkan kajian dilakukan akhbar itu,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan