Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata jawatan kuasa yang ditubuhkan itu akan menentukan sasaran pengelibatan STEM bagi pelajar sekolah menengah selain turut merangka agenda memperkasakan bidang tersebut untuk jangka masa pendek dan panjang. Foto: TVS

Jawatankuasa STEM bantu nilai semula dasar dan insiatif pembelajaran

KUCHING, 21 Sept: Jawatankuasa Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) akan ditubuhkan untuk menilai semula dasar sedia ada mengenai pembelajaran itu di negara ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, keputusan oleh jawatankuasa berkenaan akan dimuktamadkan tahun ini.

Kata beliau, jawatankuasa itu antara lain akan menentukan sasaran penglibatan STEM bagi pelajar sekolah menengah selain turut merangka agenda memperkasakan bidang tersebut untuk jangka masa pendek dan panjang.

“Ketika ini perbincangan mengenai jawatankuasa tersebut sedang dilaksanakan di peringkat Ketua Setiausaha Kementerian terlibat sebelum ia dibawa ke peringkat kementerian untuk diperhalusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Karnival Minggu Sains Negara Peringkat Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini hari ini.

Sementara itu Ling Kah berkata, minat pelajar terhadap STEM semakin berkurangan khususnya di peringkat institusi pengajian tinggi dan perkara itu menjadi antara isu besar yang perlu diatasi segera jika Malaysia mahu menjadi sebuah negara maju.

“Data Kementerian Pendidikan tahun lalu menunjukkan pelajar sekolah menengah atas yang menyertai aliran STEM mencatatkan penurunan daripada 45.2 peratus pada 2017 kepada 40.94 peratus pada tahun lepas,” katanya.

Tambah beliau, dapatan Kajian Kesedaran Awam mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) oleh MOSTI pula menunjukan penurunan minat pelajar terhadap bidang sains daripada 66.7 peratus pada 2019 kepada 40 peratus pada 2022. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan