Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni bersama wakil-wakil 16 persatuan yang menerima dana berjumlah RM211,000. Foto ihsan Pejabat MEESTY

Manfaatkan dana kerajaan sebaik mungkin – Dr Hazland

ByAmirah Shawel

KUCHING, 10 Sep: Sejumlah RM211,000 dana telah disampaikan kepada 16 persatuan bagi membiayai pelaksanaan aktiviti masing-masing.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni berkata dengan adanya pemberian dana itu, segala perancangan dan aktiviti-aktiviti persatuan dapat dijalankan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut berharap agar setiap persatuan memanfaatkan peruntukan itu dan mengurus kewangan dengan baik mengikut keperluan.

“Diharap pemberian dana ini dapat digunakan sebaik mungkin dalam usaha membantu persatuan-persatuan merancang serta mengerakkan aktiviti-aktiviti persatuan masing-masing pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dana telah disampaikan oleh Dr Hazland kepada persatuan-persatuan berdaftar di Pejabat Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak pada Jumaat lepas.

Antara penerima peruntukan adalah Pertubuhan Anak Seni Bandarshah, Indian Association Kuching, Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak, Kelab Rekreasi & Kebajikan Kakitangan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) , Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak, Persatuan Komuniti Pemancing Sarawak dan Persatuan Lawn Balls Para Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan