Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes. Foto: IPD Kapit.

Tiga remaja ditahan di Kapit, polis temui dadah dalam kereta

KAPIT, 9 Sept: Tiga remaja lelaki dicekup polis gara – gara satu gram dadah jenis syabu ditemui dalam kereta yang dinaiki mereka semalam.

Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah.

Ketua Polis Daerah Kapit, Deputi Superintendan (DSP) Rohana Nanu berkata, dalam kejadian pukul 4 petang itu, sepasukan anggota polis melihat sebuah kereta yang dinaiki kesemua remaja itu dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan, polis menjumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal dianggarkan seberat satu gram bernilai RM100 yang disyaki dadah jenis syabu.

“Susulan itu mereka ditahan dan kereta jenis Proton Saga yang dinaiki juga dirampas untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Rohana, ujian saringan air kencing yang dilakukan pula mendapati dua daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

“Kesemua suspek telah direman selama empat hari sehingga 11 September untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 123 akta yang sama,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan