Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KKDW dalam kenyataan hari ini memaklumkan Program Pemasangan LJK Semenanjung Malaysia dan Sabah Tahun 2022 Fasa 11 itu menggunakan peruntukan daripada RM150 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).  Foto hiasan: Envato.

Pemasangan lampu jalan dari Entingan ke Sebuyau siap 90 peratus

ByAdlina Rahman

KOTA SAMARAHAN, 9 Sept: Projek fasa kedua pemasangan lampu di sepanjang jalan protokol negeri dan persekutuan di Entingan ke Sebuyau sudah mencapai 90 peratus, kata Datuk Rubiah Wang.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, projek berkenaan secara keseluruhan melibatkan tiga fasa dengan fasa pertama dan kedua menelan kos sebanyak RM23 juta.

Kata beliau, usaha berkenaan penting berikutan keadaan di kawasan itu yang agak gelap dan menyukarkan pengguna pada waktu malam.

“Secara keseluruhan projek ini melibatkan pemasangan hampir 3,500 lampu jalan manakala bagi fasa ketiga pula, ia akan menelan kos sebanyak RM7 juta dengan pemasangan kira – kira 3,000 lampu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan projek Rakan Kebun Sahabat Komuniti Desa (SKoD) di Kampung Seniawan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi dan Pengarah KEMAS Sarawak, Khairuddin Md Nasir.

Sebelum ini Rubiah berkata, projek pemasangan lampu jalan juga akan dilaksanakan bermula di Stakan hingga ke Muara Tuang.

Selain itu, projek ini juga turut melibatkan Asajaya, Simunjan, Gedong serta Sadong Jaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan