Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni ditemui selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen 2023 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan hari ini. Foto: TVS

KKM serius tangani kekurangan tenaga kerja dalam bidang kritikal – Lukanisman

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 9 Sept: Sebanyak tiga bidang kritikal yang dihadapi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu bidang Gerontologi, Kesihatan Primer dan Penjagaan Kecemasan.

Seiring dengan realisasi pembangunan modal insan dalam Kertas Putih Kesihatan, Bahagian Pengurusan Latihan (BPL) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) sedang mempertingkatkan promosi bagi latihan Program Lanjutan dan bidang-bidang kritikal.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, perkara tersebut dpandang serius oleh kementeriannya memandangkan Malaysia bakal mencapai status negara tua menjelang tahun 2030.

“Setakat ini seramai 310 pelatih kini sedang dalam latihan bagi bidang penjagaan kecemasan, 48 pelatih dari bidang gerontologi serta 51 pelatih daripada kesihatan primer dan ini bermaksud kita masih lagi memberi latihan kepada mereka untuk jururawat ‘post-basic’ di pusat-pusat latihan kami di seluruh negara yang bukan terhad kepada jururawat sahaja malah doktor pakar juga.

“Ini adalah merupakan satu bidang yang agak susah di dalam kementerian serta jururawat penjagaan kecemasan juga sangat kurang kerana mereka dianggap sebagai ‘front-liners’ bagi Kertas Putih Kesihatan,” katanya selepas merasmikan Istiadat Konvokesyen 2023 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Malaysia sedang menuju negara tua dengan peratusan sebanyak 11.1 peratus atau 3.6 juta penduduk yang berumur 60 tahun dan ke atas dan berdasarkan unjuran yang dikeluarkan, Malaysia akan menjadi negara tua menjelang tahun 2030.

Dalam pada itu, ditanya mengenai sesi Dialog Belanjawan 2024 oleh KKM, Lukanisman berkata ia adalah satu sesi bagi menerangkan dasar-dasar yang akan dicadangkan KKM kepada Kementerian Kewangan (MOF) kepada pemain industri.

“Kita kini sedang membuat persiapan bagi membangunkan sistem digitalisasi atau lebih dikenali sebagai sistem ‘Electronic Medical Records (EMR)’ yang akan digunakan di hospital serta klinik di seluruh negara menjelang 2030 yang telah diumumkan oleh Dr Zaliha Mustafa sebelum ini.

“Jadi, itu yang kami memberitahu kepada pemain industri dan kita telah mendapat satu maklum balas yang baik yang mana mereka menjelaskan kekangan yang dihadapi mereka apabila berurusan dengan KKM serta mereka juga mencadangkan insentif potongan cukai yang bagi saya ia akan memberikan satu kebaikan kepada masyarakat.

Sehubungan itu, Lukanisman berharap agar peruntukan kepada KKM akan berlaku peningkatan dari sudut nilai jumlah peruntukan yang akan disalurkan oleh MOF kepada KKM.

Dalam satu kenyataan pada 7 September lalu beliau memberitahu KKM telah mengadakan sesi Dialog Belanjawan 2024 yang merupakan platform perkongsian input dan melibatkan 96 pemegang taruh daripada pelbagai sektor industi bagi merangka Belanjawan 2024 yang bersifat inklusif dan mampan, selari dengan prinsip-prinsip yang diutarakan Ekonomi MADANI.

Katanya lagi, KKM akan meneruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di samping menjana perkembangan ekonomi negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan