Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni (tengah) bersama Dr Ooi Choo Huck (kiri) dan Noor Aini Ahmad (kanan) bergambar bersama penerima Anugerah Kategori Cemerlang Akademik dan Anugerah Kategori Cemerlang Ko-Kurikulum. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Graduan ILKKM disaran transformasikan diri, tingkatkan kualiti perubatan negara

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 9 Sept: Graduan Institut Latihan Klinik Kesihatan Malaysia (ILKKM) disaran untuk mentransfromasikan diri dengan kemahiran dan keperluan terkini.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni, ia amat penting bagi memastikan kualiti perubatan dan kesihatan negara dapat dipertingkatkan bagi memperkuatkan sistem penyampaian kesihatan negara.

“Pada masa kini, terdapat banyak cabaran dihadapi oleh sistem kesihatan negara yang memerlukan anggota kesihatan sentiasa bersiap siaga seperti kemunculan penyakit lama dan baharu yang membebankan sistem penyampaian kesihatan negara.

“Justeru, anda perlulah sentiasa mengemaskini dan mentransformasikan diri anda dengan memanfaatkan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini yang membolehkan anda meneroka lebih jauh,” katanya ketika berucap pada Istiadat Konvokesyen 2023 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) di Dewan Tunku Abdul Rahman (DeTAR), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) hari ini.

Turut hadir bersama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Ooi Choo Huck.

Justeru, beliau berharap graduan yang akan berkhidmat kelak tidak gentar dan sedia berdepan dengan cabaran-cabaran kesihatan masa kini dan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Lukanisman turut memberitahu pelantikan hampir kesemua graduan menyertai KKM dapat memperkukuhkan tenaga kerja KKM telah diperkukuh dengan kehadiran tenaga kerja muda yang bersemangat dan bertenaga untuk menyumbang khidmat bakti.

“Saya percaya, kecemerlangan yang dicapai oleh saudara dan saudari graduan sekalian, mampu mengutuhkan lagi tulang belakang KKM dalam memastikan sistem kesihatan negara adalah terbaik melalui penghayatan konsep yang diterapkan.

“Saya amat mengalu-alukan penyertaan dan pelantikan graduan sekalian, menyertai perkhidmatan kesihatan,” katanya lagi.

Bertemakan ‘Graduan ILKKM Cemerlang Pendukung Kesihatan Madani,’ konvokesyen tersebut telah menghimpunkan seramai 1,195 graduan dari Zon Sarawak daripada dua program peringkat Sijil, 10 program peringkat Diploma, satu program peringkat Diploma (Peralihan), 14 program peringkat Sijil Pos Basik dan 15 program peringkat Diploma Lanjutan meliputi ILKKM Kuching, ILKKM Sibu (Kejururawatan) dan ILKKM Kuching (Kesihatan Awam).

Seramai 26 pelatih telah menerima anugerah kecemerlangan iaitu 23 pelatih menerima Anugerah Kategori Cemerlang Akademik dan tiga pelatih lagi adalah penerima Anugerah Kategori Cemerlang Ko-Kurikulum. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan