Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selvia Lagoon James berlakon sebagai isteri kematian suami selepas pergi berperang dalam lakonan yang diberi nama Nuan Pergi Ndak Pulai Lagik. Foto: TVS

Finalis Ratu Bilanting berbakat, punyai standard tinggi – Richard Riot

SERIAN, 9 Sept: Ahli Parlimen Serian Dato’ Sri Dr. Richard Riot Jaem kagum dengan bakat yang ditunjukkan 10 finalis pertandingan Ratu Bilanting 2023 yang berlangsung malam tadi.

Beliau turut memuji tahap persembahan yang ditunjukkan sambil mengatakan persembahan yang dilakukan finalis mempunyai standard yang tinggi.

Katanya, beliau sememangnya mengetahui bahawa penduduk Serian mempunyai bakat dalam bidang nyanyian namun sama sekali tidak menyangka terdapat pelbagai bakat lain terpendam yang belum ditonjolkan penduduk terutama golongan belia.

“Nyanyian kita sememangnya sudah terkenal tetapi kita lihat Pantomin, kita lihat lakonan sehingga ada diantara kita yang saya percaya mengalirkan air mata. Saya tidak sangka bahawa bakat anak-anak Sarawak termasuk di kawasan Parlimen Serian hebat” katanya.

Beiau berkata demikian dalam ucapan ringkas selepas menyaksikan persembahan 10 finalis dalam pertandingan mencungkil bakat, Talent Night Ratu Bilanting yang diadakan di Pekarangan Pasar Tebakang Cina di sini, malam tadi.

Pertandingan tersebut adalah salah satu dari pengisian program bersempena Festival Cabaran Berakit Serian 2023 edisi ke-11 yang bakal berlangsung pagi esok yang bermula dari Kampung Tema Mawang dan berakhir di Kampung Tebakang Bidayuh menyusuri Sungai Batang Sadong dan Batang Kayan.

10 finalis menunjukkan pelbagai bakat dalam pertandingan malam tadi meliputi nyanyian, Tarian Tradisional Sarawak, Tarian Ngajat, lakonan dan Pantomin bagi merebut gelaran Ratu Bilanting 2023 yang akan diumumkan pada malam esok.

Turut dipertandingkan kategori Miss Popular di mana finalis akan dipilih oleh penonton menerusi laman sosial Facebook Serian Timungen.

Juara bagi pertandingan Ratu Bilanting 2023 bakal membawa pulang wang tunai RM 1,500, tempat kedua RM 1,000, tempat ketiga RM 750 manakala kategori Miss Popular, Miss Photogenic dan Miss Talent masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM 400.

Kesemua pemenang juga bakal menerima piala, hamper kecantikan dan sijil penyertaan.

Hadir sama Setiausaha Majlis Daerah Serian Tay Guat Huat, wakil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Pathe Abdul Rahman, Wakil Residen Bahagian Serian, Mahyuddin Hafiz Mohamad dan Ketua Kaum Kampung Tebakang Dayak Kranang Tanggai-TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found