Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Hamden ketika hadir ke Seminar Aktiviti Karbon Hutan di Hotel Waterfront Kuching pada Isnin. Foto: TVS

Permohonan lesen karbon terbuka kepada semua pemain industri

KUCHING, 8 Ogos: Permohonan lesen karbon terbuka kepada semua namun ia bergantung kepada kajian keupayaan yang akan ditentukan oleh Kerajaan Sarawak.

Pengarah Hutan Sarawak, Datu Hamden Mohammed berkata pihaknya telah mengeluarkan Permit Kajian Karbon kepada sebuah syarikat tempatan untuk melaksanakan penyelidikan awal penyimpanan karbon.

“Kita tidak mahu tergesa-gesa, dan perlu mengikut piawaian antarabangsa, ini sangat penting, kerana ia melibatkan perdagangan antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Aktiviti Karbon Hutan di Hotel Waterfront, di sini pada Isnin.

Menurutnya pelaksanaan industri perdagangan karbon perlu difahami secara mendalam terutama pemain industri sektor perhutanan.

“Setakat tahap pemahaman pemain industri terhadap dasar baharu kelestarian alam sekitar dalam ekonomi karbon agak baik selepas ia diperkenalkan.

“Setelah ia diperkenalkan termasuk undang-undang karbon serta prosedur, pemain industri perlu memahami dari segi pelaksanaannya kerana kadang-kadang ada pihak yang tidak faham disebabkan kita menjual komoditi yang tidak nampak.

“Apa yang penting, anda mesti memahaminya secara terperinci, sebagai contoh, ramai pihak luar datang kepada kita, malah ada yang mahu mendapatkan lesen karbon terus tetapi ia tertakluk kepada peringkat proses yang perlu dipatuhi,” ujarnya.

Antara negara yang berminat kata Hamden membeli karbon dari Sarawak termasuk China, Singapura dan United Kingdom yang memiliki aktiviti perindustrian tinggi.

“Daripada negara luar ramai yang datang termasuk China, Singapura, United Kingdom yang menyatakan minat untuk membeli karbon, tetapi seperti yang saya katakan, Sarawak masih baharu dalam sektor ini.

“Kita sudah keluarkan satu Permit Kajian Karbon, di dalam ordinan kita, sebelum lesen dikeluarkan, sesebuah syarikat akan diberi permit untuk tempoh dua tahun. Maksudnya dalam tempoh tersebut, syarikat itu perlu menyediakan Dokumen Rekaan Projek (PDD).

“Banyak perkara perlu dilakukan menerusi proses itu di peringkat lapangan, ia terpulang kepada mereka sama ada cepat atau lambat, tetapi maksimum adalah dua tahun, jika tidak dapat disiapkan dalam tempoh itu, kita akan tarik balik permit yang diberikan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan