Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Imran Azim Iskandar, anak jati Sibu yang dimenanginya di World Championship of Performing Art (WCoPA). Foto: Imran Azim Iskandar (FB).

Rangkul 5 pingat, Imran Iskandar lakar sejarah di WCoPA

ByDayu Adruce

KUCHING, 8 Ogos: Pemain biola kelahiran Sarawak, Imran Azim Iskandar melakar sejarah apabila berjaya membawa lima pingat dalam pertandingan bertaraf antarabangsa World Championship of Performing Arts (WCoPA) di Anaheim, California, Amerika Syarikat baru-baru ini. 

Imran memenangi pingat emas menerusi kategori klasik, dua pingat perak menerusi kategori kontemporari dan karya klasik, serta dua pingat gangsa menerusi kategori jazz dan terbuka. 

Imran menerusi laman sosial facebook peribadinya berkata, dia sangat berbangga kerana usaha yang dilakukannya selama ini tidak sia-sia. 

“Saya percaya bahawa saya telah melakukan yang terbaik untuk mewakili Malaysia dan membanggakan Malaysia,” ujarnya. 

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepadanya untuk membuat persembahan terbaik di WCoPA. 

Ujarnya, beliau tidak menyangka akan membawa pulang pingat sebanyak ini kerana saingan yang sangat sengit. 

Antara negara lain yang turut menghantar penyertaan termasuklah Australia, India, Hong Kong, Jerman, Perancis, Kanada dan tuan rumah, Amerika Syarikat. -TVS 

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan