Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg merasmikan Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud di Kampus Universiti Teknologi Sarawak, Sibu, hari ini. Foto: TVS

Hargai jasa dan sumbangan Tun Taib, dewan baharu UTS diberi nama Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud

ByNazirah Adlina

SIBU, 6 Ogos: Sebagai menghargai jasa dan sumbangan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, dewan serbaguna baharu Universiti Teknologi Sarawak (UTS) diberikan nama Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud.

Perasmian pembinaan dewan yang menelan kos sebanyak RM150 juta itu disempurnakan Premier Sarawak merangkap Pro Canselor UTS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebelum menghadiri Majlis Konvokesyen ke-7 UTS hari ini.

Naib Canselor UTS, Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid berkata, pembinaan dewan berkenaan menandakan satu lagi sejarah bagi universiti itu.

“Kami telah menunggu sekian lama untuk mempunyai dewan sehebat ini. Kebetulan bersempena sambutan ulang tahun ke-10 UTS, dewan canselor ini merupakan hadiah paling istimewa untuk semua warga kampus,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Dewan Canselor Tun Abdul Taib Mahmud hari ini.

Turut hadir ialah  Timbalan Menteri Pendidikan dan Inovasi Sarawak merangkap Pengerusi UTS, Datuk Dr Annuar Rapaee dan Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching, Raden Sigit Witjaksono.

Menjelas lanjut beliau berkata, dewan tersebut telah siap dibina pada Jun 2023 dan telah mendapat “Occupational Permit” (OP) dari pihak Majlis Perbandaran Sibu.

“Projek ini telah dimulakan pada September 2019 dan sepatutnya siap pada Julai 2022, kelewatan tidak dapat dielakkan akibat dari Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) ketika pandemik COVID-19 pada tahun 2020 dan 2021,” ujar beliau.

Beliau menambah, dewan itu dilengkapi pelbagai kemudahan konvokesyen, ruang parkir, kelengkapan dapur dan penyediaan makanan serta mampu memuatkan seramai 2,800 orang.

Selain itu, dewan itu turut menjadi lokasi Majlis Konvokesyen ke-7 buat julung kalinya dengan 347 graduan dari 20 program pengajian menerima skrol masing-masing. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan