Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Ripin (empat kiri), Dr Abdul Rahman dan tetamu lain bergambar bersama pasangan suami isteri, Jalani Amat dan Rokiah Basar yang menerima anugerah Keluarga Contoh Makan Tahun Perdana di Limbang tahun ini. Foto: TVS

Fasiliti sukan di Sarawak yang perlukan perhatian akan dibaik pulih – Dr Ripin

LIMBANG, 6 Ogos: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sudah menyenaraikan beberapa fasiliti sukan yang perlukan perhatian dan baik pulih di Sarawak termasuk di Bahagian Limbang di bawah rancangan baik pulih kementerian itu.

Timbalan Menterinya, Dr Ripin Lamat berkata, kementeriannya sudah bermesyuarat untuk melaksanakan kerja baik pulih fasiliti sukan melalui peruntukan dan kos yang terlibat.

Kaum Kedayan dari Wilayah Persekutuan Labuan yang turut memeriahkan Pesta Makan Tahun Kedayan di Limbang. Foto: TVS

Menurutnya, banyak kemudahan sukan yang perlu dibaik pulih termasuk melaksana kerja-kerja menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan di utara negeri ini membabitkan Kompleks Sukan dan Stadium Tertutup Limbang.

“Kita maklum beberapa fasiliti sukan, yang perlu dibaik pulih di seluruh Sarawak, baru-baru ini kita ada satu mesyuarat dengan Menteri dan telah dimaklumkan senarai seluruh Sarawak dari Kuching hingga ke Lawas beberapa tempat sukan yang perlu dibaik pulih termasuklah di Limbang ini.

“Kita maklum beberapa fasiliti sukan di seluruh Sarawak perlu dibaik pulih dan dalam perancangan kementerian untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih secara berperingkat-peringkat,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Makan Tahun Perdana 2023 di Dewan Kampung Pabahanan, Limbang hari ini.

Jelas Ripin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, penyelenggaraan dan kerja baik pulih fasiliti sukan ini amat perlu dilaksanakan segera memandangkan Sarawak akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun hadapan.

“Ia telah dimasukkan di dalam rancangan baik pulih kita lagipun kita pada tahun hadapan akan menganjurkan SUKMA, jadi banyak kompleks sukan yang perlu dibaik pulih termasuklah yang terdapat di Limbang.

Katanya lagi, kos baik pulih fasiliti sukan di negeri ini juga sudah dimaklumkan dengan pihak kementeriannya sebelum ini.

Sementara itu, kementeriannya sentiasa menyokong penganjuran beberapa kejohanan bertaraf Borneo dan kebangsaan yang menyaksikan Limbang sebagai lokasi utama kejohanan termasuk Tarik Kalat Seborneo.

Beliau menambah lagi Pesta Makan Tahun Kedayan, anjuran Persatuan Kedayan Limbang (PKL) yang menonjolkan keunikan budaya kaum Kedayan bakal dimasukkan sebagai salah satu acara utama dalam Kalendar Pelancongan Negeri.

Tambah beliau lagi, pihaknya akan mengusulkan agar penganjuran Pesta Makan Tahun Perdana edisi kelapan tahun depan, akan dapat dimasukkan dalam Kalendar Pelancongan Negeri.

Pada masa sama, beliau optimis dengan kejayaan PKL menyasarkan kemasukan hampir 10,000 pengunjung, program itu akan diadakan dalam skala yang lebih besar tahun depan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan