Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 50 juta orang di 45 negara sedang menghadapi kebuluran di mana beberapa negara membangun. Gambar fail TVS.

Penduduk Bukit Inkerbai, Lubok Bemban Zahir Rasa Syukur Terima Bakul Makanan BKSS 6.0

ByLuqman Muhammad

MUKAH: Seramai 475 Ketua Isi Rumah KIR di kawasan Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban menerima bakul makanan Bantuan Khas Sarawakku Sayang BKSS 6.0.

Pengagihan itu sedikit sebanyak telah membantu meringankan beban rakyat tatkala mengharungi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rata- rata tuai rumah menyambut baik usaha murni yang dilakukan oleh Kerajaan Sarawak dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak kerana telah membantu memberi agihan makanan.” kata Tuai Rumah Lubok Bemban Blansai Ak Suka.

“Pertama sekali saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kerajaan negeri Sarawak, kerajaan GPS yang telah menyediakan bantuan makanan Sarawakku Sayang..Keduanya kepada yang berhormat YB N.57 Tellian yang begitu prihatin kepada rakyat kawasan N.57 Tellian kerana telah bertungkus lumus untuk menyediakan barang makanan kepada setiap ruang bilik ataupun pintu di kawasan Bukit Inkerbai dan Lubok Bemban”. kata Anderson Kalong , Tuai Rumah Bukit Inkerbai.

Sebanyak 475 pengagihan bakul makanan merangkumi 20 buah rumah panjang di kawasan Inkerbai dan Lubok Bemban.

Rh. Langan Ak Kudum : 17
Rh. Tandang Ak Rimau : 32
Rh. Rabai Ak Irang : 20
Rh Andeson Kalong Ak Pandong : 19
Rh. Radin Ak Sumping : 30
Rh. Membuas Ak Lau : 49
Rh. Ming Ak Karong : 17
Rh. George Ak Takin : 40
Rh. Manggong Ak Akau : 10
Rh. Igun Ak Ayup : 40
Rh. Ampi Ak Inggang : 15
Rh. Seman Ak Nyuak : 22
Rh. Sumut Ak Sait : 20
Rh. Jani Ak Entalang : 18
Rh. Francis Ngang Ak Balai : 29
Rh. Jackson Uji Ak George Jantai : 16
Rh. Nicholas Layang Ak Jantum : 30
Rh. Badi Ak Ngipa : 6
Rh. Mauh Banyi : 18
Rh. Blansai Ak Suka : 27

Setakat ini, keseluruhan agihan 1217 bakul makanan telah pun diagihkan sehingga hari kedua oleh Pusat Khidmat N.57 Tellian. Keseluruhan N.57 Tellian yang akan diagihkan adalah 4231 bungkus makanan.

Terdahulu RM15 juta disediakan Kerajaan Sarawak sebagai peruntukan tambahan kepada dana RM20.5 juta untuk program bakul makanan.

Keputusan itu diambil bagi mengurangkan impak pelaksanaan PKP kepada rakyat apabila berlaku peningkatan jumlah penerima terutamanya golongan B40.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan