Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Yo, yo! Jom Rap Bahasa Melanau, Yo!

ISU Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sememangnya menjadi topik perbualan ramai tetapi menjadi sesuatu yang unik apabila disampaikan menggunakan lagu berirama rap dan hip hop.

Yang menariknya lagu rap tersebut disampaikan dalam bahasa Melanau oleh gadis yang menggunakan nama samaran Skitz-I.

Kreativiti Noriza Mastura Tamit, 25, graduan pengajian Islam Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam membawakan kelainan menjadikan dirinya makin dikenali menerusi Facebook yang digunakannya untuk mengetengahkan karyanya

Lagu bertajuk Suara Frontliner yang menggabungkan bahasa Melanau dan Bahasa Inggeris mencuri perhatian ramai sehingga menjadi tular di pelbagai media sosial sejak lalu.

Sehingga sekarang lagu rap yang dicipta itu mendapat ribuan ciapan dan komen-komen yang ditinggalkan memuji Noriza atau nama pentas mayanya, Skitz-I kerana berani menonjolkan kelainan dalam lagu rap.

Bagi Pelatih Latihan Peningkatan Graduan Sarawak (GETS) di Perpustakaan Desa Oya ini, lagu yang dihasilkan lagu hip hop Melanau itu hanya sekadar percubaan pertama kali bersama rakannya Nurfizatul Kipli sebelum dirakam sepenuhnya dan dimuat turun di laman facebook miliknya.

Jelasnya, dia hanya menggunakan beberapa minit sahaja untuk mencipta setiap bait lirik lagu rap itu. Dia akan merujuk setiap balit lirik tersebut kepada rakannya terlebih dahulu untuk menyemak dielek yang betul dan menjadikan dialek Melanau Igan dan Matu Daro dan English sebagai sumber inspirasi kepada masyarakat di luar sana terumata kepada bangsa Melanau sendiri.

“Pada mulanya, saya akan mencampur semua dialek itu dalam satu lirik lagu tersebut. Tidak panjang, hanya 16 baris sahaja. Oleh kerana itulah lagu itu dinama sebagai 16 bar.

“Dalam setiap baris liriknya, saya juga ingin mengetengahkan dialek Igan dan Matu yang mungkin ramai belum tahu. Walaupun kami satu rumpun Melanau tetapi dialeknya berbeza mengikut tempat, sebagai contoh Melanau Matu lain, Melanau Igan lain dan Melanau Mukah juga lain, dari situlah saya akan gabungkan dialek Melanau dijadikan satu lagu rap,” katanya kepada TVS.

Beliau mengakui masih baru lagi dalam bidang tersebut, Noriza berkata, dia bersedia menerima sebarang kritikan dan kecaman daripada netizen.

Walau bagaimanapun katanya, setiap pujian yang diberi oleh netizen dapat membangkitkan semangatnya untuk terus berkarya mencipta sesuatu yang baharu dalam dunia seni sekarang lebih-lebih lagi menggunakan bahasa Melanau.

“Saya akui rakaman lagu rap yang dibuat itu belum mencapai tahap yang sepatutnya namun, saya beranggapan ia sekadar permulaan. Terima kasih kepada mereka yang memberi sokongan dan kata perangsang.

“Seperti yang saya kata, saya masih lagi banyak kekurangan dan masih perlu banyak belajar dalam berkarya menulis lagu rap ini dan berharap dapat belajar dari orang yang berpengalaman dalam bidang ini,”

“Untuk pengetahuan saya juga merupakan salah seorang ahli kumpulan NKU Familia,” jelasnya lagi.

Boleh tonton video penuh di facebook : Norliza Mastura
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan