Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tujuh juta batang rokok dipercayai tanpa cukai kastam dirampas polis di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri pada Rabu. Foto hiasan: Envato

Polis rampas rokok tanpa cukai dan lori bernilai RM7.83 juta di Miri

BySaibi Gi

KUCHING, 7 Julai: Polis menahan tiga lelaki berkaitan kes rampasan tujuh juta batang rokok dipercayai tanpa cukai kastam di Jalan Kuala Baram Bypass, Miri pada Rabu.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri berkata rokok yang dirampas berserta sebuah lori kargo dianggarkan bernilai RM7.83 juta.

Dato’ Mohd Azman Ahmad Sapri. Foto: PDRM

Menerusi Op Kontraban, sepasukan pegawai dan anggota dari unit risikan Polis Marin Wilayah 5 Sarawak menahan dan memeriksa sebuah lori pada 9.40 malam.

“Kesemua rampasan dan tangkapan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Miri untuk tindakan selanjutnya,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Kes disiasat di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih 20 kali ganda barang atau RM500,000 yang mana lebih besar atau penjara tidak kurang dari enam bulan dan tidak lebih dari lima tahun atau kedua-duanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan