Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bekas teman wanita pemain bola sepak Sabah FC ditahan polis

ByTVS

KOTA KINABALU, 22 Jun: Seorang wanita ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes merosakkan pintu rumah bekas teman lelaki yang juga pemain bola sepak Sabah FC.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd. Zaidi Abdullah berkata, penahanan dilakukan susulan laporan yang dibuat oleh lelaki itu pada 17 Jun lalu.

“Pengadu membuat laporan bahawa pintu rumahnya dirosakkan oleh bekas teman wanitanya.

“Suspek ditahan pukul 8 malam tadi dan ekoran penahanannya, polis percaya kes ini dapat diselesaikan,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Mohd. Zaidi turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi, perkongsian dan menyebarkan sesuatu berita daripada sumber yang tidak sahih berhubung kes ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan