Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Insentif Pengeluaran Getah Diaktifkan Bagi Pekebun Kecil dan Sarawak

KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) diaktifkan bagi bulan Mei 2021 di Sabah dan Sarawak.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) berkata IPG teraktif bagi Sabah dan Sarawak, masing-masing sebanyak 0.05 sen dan 10 sen untuk setiap kilogram.

Pekebun kecil boleh membuat tuntutan IPG berdasarkan kepada pengeluaran Mei 2021 mulai 1 hingga 30 Jun 2021, katanya dalam kenyataan hari ini.

“Adalah dimaklumkan mulai Januari 2019, IPG akan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR20 Percuma Atas Kapal (FOB) berada pada paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada pada paras RM2.50 sekilogram ke bawah,” kata LGM.

Pada Mei, harga purata peringkat ladang bagi ‘cuplump’ (sekerap) (50 peratus kandungan getah kering) untuk Semenanjung adalah RM2.80 sekilogram, Sabah (RM2.45 sekilogram) dan Sarawak (RM2.40 sekilogram).

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan