Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Sukarelawan menerima suntikan vaksin AstraZeneca pada Program Suntikan Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebanyak 1.1 Juta Individu Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19 Setakat 1 Jun

ByBernama

KUALA LUMPUR: Seramai 1,104,873 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 setakat 1 Jun, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya berkata seramai 2,002,345 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,107,218 setakat semalam.

Beliau berkata lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 143,797 dos diikuti Sarawak (111,176), Perak (105,014), Kuala Lumpur (99,538) dan Johor (97,798).

Setakat semalam, 51.20 peratus atau 12,414,513 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,299,145 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan Orang Kurang Upaya manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan