Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 5 Mei -- Sukarelawan menerima suntikan vaksin AstraZeneca pada Program Suntikan Vaksin AstraZeneca Secara Sukarela di Pusat Pemberian Vaksin AstraZeneca di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak Catat 640 Kes Baharu, Dua Kematian

ByEekbal Yusuf

KUCHING: 54.06 peratus daripada 640 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan di Sarawak pada Rabu dikesan di daerah Kuching, Miri, Sibu dan Bukit Mabong.

Kuching merekodkan kes harian tertinggi iaitu 110, diikuti Miri (101), Sibu (75) dan Bukit Mabong (60).

Sementara Selangau (44), Samarahan (30), Tatau (29), Serian (25), Asajaya (25), Mukah (24), Bintulu (23), Sri Aman (21), Kapit (21), Sebauh (9), Song (5), Pakan (5), Simunjan (4), Daro (4), Lundu (3), Subis (3), Lubok Antu (3), Marudi (3), Beluru (2), Sarikei (2), Lawas (2), Pusa (2), Limbang (1), Tanjung Manis (1), Tebedu (1), Kanowit (1) dan Meradong (1).

Jumlah keseluruhan kes di Sarawak kini meningkat kepada 43,966 setakat ini.

Daripada 640 kes baharu yang dilaporkan, seramai 80 orang telah menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.
“Manakala, seramai 541 orang adalah terdiri daripada individu yang diberi arahan perintah kuarantin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, dua kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 turut dilaporkan.

Jumlah kematian kini meningkat seramai 263 orang setakat ini.

Kes kematian ke-262 melibatkan lelaki berumur 65 tahun yang dirujuk ke unit kecemasan Hospital Bintulu bagi menjalani pemeriksaan badan.

Bagi kes kematian ke-263 pula, kes melibatkan wanita berumur 71 tahun yang mendapatkan rawatan di Hospital Miri kerana mengalami sesak nafas.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan