Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
LABUAN, 12 Mei -- SEPI... Siluet beberapa penumpang di jeti pelepasan Terminal Feri Antarabangsa Labuan yang lengang dan sepi berikutan larangan merentas negeri yang berkuatkuasa ketika tinjauan pada hari terakhir Ramadan 1442H hari ini. Saban tahun, setiap kali menjelang 1 Syawal, terminal yang merupakan pintu utama keluar dan masuk ke pulau ini akan sesak dengan kenderaan dan juga individu yang pulang ke tanah besar Sabah bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung. Berbeza pada kali ini, lantaran larangan merentas negeri yang dikuatkuasakan di seluruh negara bagi mencegah penularan jangkitan COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sarawak Sekat Kemasukan India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal Dan Pakistan

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Berkuat kuasa serta merta, pengembara yang pernah berada di India, Sri Lanka, Bangladesh, Nepal dan Pakistan disekat masuk ke Sarawak.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, larangan ini adalah bagi mencegah jangkitan Varian Baharu iaitu Variant of Concern (VoC) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sementara itu, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan empat (4) kluster baharu, tiga (3) di Daerah Kuching dan satu (1) di Saratok.

Kluster Kampung Semerah Padi merupakan satu kluster komuniti yang dikesan di sebuah Kampung Semerah Padi Fasa 1, Kuching yang telah merebak melalui pergerakan sosial dalam kalangan ahli keluarga, rakan sekerja dan rakan sosial kepada kes indeks.

Kluster Jalan Sukma merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan sebuah syarikat pemaju perumahan di Sukma Commercial Centre, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, Kuching.

“Kes indeks kepada kluster ini ialah kes Ke-42039 yang merupakan seorang kakitangan syarikat tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala di sebuah hospital swasta di Kuching pada 23 Mei 2021,” katanya.

Kluster Akedemi Semariang merupakan satu kluster institusi kemahiran yang dikesan melibatkan sebuah akedemi kemahiran binaan di Jalan Sultan Tengah di Kuching Sarawak.

“Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-39,076 yang merupakan seorang penuntut akedemi tersebut yang dikesan melalui saringan pra kemasukan semula selepas bercuti pada 17 Mei 2021 dan disahkan positif pada 18 Mei 2021,” menurut JPBN Sarawak.

Kluster Lubok Nitik pula merupakan satu kluster tempat kerja yang dikesan melibatkan pejabat dan kawasan perumahan pekerja sebuah syarikat penanaman kelapa sawit di Lubok Nitik, Saratok.
Kes indeks kepada kluster ini ialah kes ke-39,659 yang merupakan seorang pengurus ladang tersebut yang dikesan melalui saringan individu bergejala di Hospital Saratok pada 17 Mei 2021 dan disahkan positif pada 19 Mei 2021.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan satu (1) kluster tamat iaitu Kluster Tabuan Melayu, Kuching setelah tiada kes baharu dikesan atau dilaporkan dalam tempoh 28 hari melibatkan kluster ini.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan