Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi DUBS cawangan Kuching, Cr. Drahman Jaladin menyampaikan sumbangan Aidilfitri DUBS cawangan Kuching kepada penerima pada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri yang diadakan di Masjid Farul Akmal, Samariang Aman hari ini. Foto: TVS

Asnaf, anak yatim dari Samariang Aman terima sumbangan Aidilfitri DUBS Kuching

KUCHING, 8 April: Kira-kira 30 orang asnaf dan anak yatim di sekitar kawasan Samariang Aman di sini menerima sumbangan Aidilfitri hari ini.

Sumbangan daripada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) Wanita cawangan Kuching itu telah disalurkan di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri yang diadakan di Masjid Farul Akmal, Samariang Aman.

Menurut Pengerusi DUBS cawangan Kuching, Cr. Drahman Jaladin, mereka menerima sumbangan berupa beras, minyak masak, kopi dan juga Varangian keperluan harian lain.

Drahman berkata sumbangan berkenaan bertujuan untuk meringankan beban golongan itu menjelang lebaran tidak lama lagi.

“Selepas ini pihak kami  juga merancang untuk mengadakan lebih banyak program sedemikian pada masa akan datang di kawasan yang lain bagi terus membantu golongan yang memerlukan,” katanya kepada pemberita hari ini

Turut hadir Timbalan Pengerusi DUBS, Syed Hossin Wan Ahmad, Naib Pengerusi Norjanah Ahmad dan Ketua Wanita DUBS Cawangan Kuching, Normawatie Mohammad Hamden. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan