CYBERJAYA, 4 April: Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din menerusi kenyataan hari ini menafikan pihaknya menghantar emel kepada orang ramai berkaitan tawaran bantuan pemindahan hadiah wang kemenangan berjumlah RM270,000 daripada syarikat Telekom Malaysia.
Kenyataan itu menegaskan sebarang emel berkaitan tawaran bantuan pemindahan hadiah wang kemenangan berkenaan daripada adalah palsu.
Justeru itu, MCMCÂ menggesa orang ramai yang telah membuat transaksi perbankan ke mana-mana akaun bagi yuran pemprosesan menuntut hadiah kemenangan untuk menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 dengan segera.
“Masyarakat turut diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan emel yang tidak sahih dan tidak memberikan butiran peribadi kepada individu tidak dikenali,” ujar kenyataan berkenaan. -TVS


